28 March 2012


Mengenali Jenis Kamera DSLR@ayieblog
Assalamualaikum,salam sejahtera kali ini ayieblog ingin berkongsi sedikit info berkaitan kamera dslr, walhal ayieblog masih baru dalam dslr dan artikel ini diterima melalui e-mail, dimana oleh salah seorang rakan ayieblog di alam maya.
Jenis Kamera DSLR iaitu :
Secara umum terdapat dua jenis kamera yang sering digunakan oleh photographer iaitu :-
  1. DLSR : Digital Single Lens Reflex
  2. Kompak Kamera : ianya juga dikenali dengan kamera ‘Point and Shoot’.
Walau apa pun kemera yang digunakan perbezaan tidak banyak mana .
Mengenali Ciri-Ciri Dslr :
  1. Melihat imej melalui lensa ( what you see, what you get ).
  2. Lensa boleh ditukar ganti.
  3. DSLR mempunyai saiz sensor yang besar dan menghasilkan imej yang lebih baik dari kamera kompak, i.e. ‘sharper’ dan kurang ‘noise’; dan.
  4. Kamera DSLR hampir tiada ‘shutter lag’ membuatkan DSLR sesuai untuk suasana seperti acara sukan atau acara yang penting.
Dibawah berikut perbezaan sensor mengikut jenis kemera :-
Fungsi Setiap komponen terdapat pada DSLR iaitu :
  1. Lensa : Lensa adalah antara komponen penting dalam kamera. Kualiti sesuatu gambar bergantung kepada kualiti lensa. Lensa bagi kamera DSLR boleh ditukar-tukar.
  2. Bateri : Kebanyakkan DSLR didatangkan dengan bateri yang boleh dicas semula. Jangka hayat setiap cas penuh boleh merakam purata 400 sehingga 1000 gambar bergantung kepada jenis kamera dan pengunaan. Mengetahui jangka hayat bateri kita penting bagi merancang rakaman gambar kita.
  3. Kad Memori :Sebelum kita merakamkan gambar perlulah dipastikan kita telah memasukkan kad memori. Kad memori berfungsi menyimpan semua imej yang telah dirakamkan. Terdapat beberapa jenis kad memori yang sering digunakan seperti, Compact Flash (CF), SD, XD, MMC dan beberapa jenis lagi.
Bagaimana Sesebuah Kamera DSLR berfungsi?
Bagi meningkatkan lagi kemahiran dalam fotografi, anda perlu tahu bagaimana kamera berfungsi. Cerah dan gelapnya gambar yang kita ambil bergantung kepada ‘exposure’ atau dedahan cahaya yang memasuki dalam kamera.
Bagi sesebuah kemera dslr berfungsi iaitu :
  • Cahaya melalui lensa .
  • Cermin memantulkan cahaya supaya kita dapat melihat objek.
Apabila anda memetik button di kamera cermin akan terangkat, ‘tingkap’ atau pengatup (‘shutter’) akan terbuka membenarkan cahaya masuk ke sensor dan membentuk imej,ianya dikenali dengan exposure .
Semuga apa yang dikongsi dari perkongsian seorang rakan ayieblog, dapat sama-sama kita menerima manafaat, ayieblog masih baru dalam dunia DLSR, moh kita sama-sama memantapkan kemahiran skodeng ( photographer ).

No comments:

Post a Comment