22 April 2012


This is who i am :-


Darahkolah :-


Anjing Kurap :-

P|S Thansk for coming.Actually ini some of collection from aieblog.
'daun selasih daun keladi'
'terima kasih my lagi'

17 April 2012

FOTOGRAFI perkahwinan antara perkara paling penting dan wajib, malah tidak seharusnya dilupakan. Sama penting dengan hantaran dan pelamin, fotografi perlu berada dalam susunan persiapan perkahwinan utama.
Dijadikan kenangan, masyarakat dulu mengabadikan foto perkahwinan secara eksklusif dalam studio berlatarbelakangkan gambar tertentu, selain bergambar di pelamin dan bilik tidur. Namun, kini bagaikan satu evolusi baru dalam dunia fotografi perkahwinan, pengantin moden lebih gemar mengabdikan perkahwinan dengan penggambaran di luar lokasi majlis.
Di kenali sebagai ‘Outdoor Wedding Portraiture Shooting’, penggambaran luar lebih eksotik apabila ada pengantin memilih lokasi mencabar seperti di tepi pantai, sawah padi, dalam hutan dan menariknya di tengah kota raya.
Evolusi bidang fotografi perkahwinan semakin luas, malah perspektif semakin berkembang mengikut idea dan trend semasa. Gambar seperti aksi tegak di pelamin dan bilik tidur kurang menjadi perhatian sebaliknya gaya lebih spontan atau ‘candid’ menjadi pilihan terkini kerana pengantin berasakan ia memberi kesan terbaik dalam fotografi perkahwinan.
Spontan adalah teknik terkini yang lebih digemari pengantin dan jurugambar kerana ia nampak lebih semula jadi dan tidak dibuat-buat. Contohnya, gambar senyuman dan ketawa secara spontan lebih cantik daripada senyuman dipaksa.
Selari dengan kehendak dan penawaran daripada jurugambar profesional, pengantin moden lebih gemar bergambar di luar lokasi persandingan. Gaya penggambaran ‘Outdoor Wedding Portraiture Shooting’ sudah mula mendapat pendedahan kira-kira lima tahun lalu, malah menjadi semakin popular pada masa kini.
Berkongsi pandangan mengenai dunia penggambaran luar pengantin, jurugambar perkahwinan profesional, Mohd Subhi Karim, berkata konsep itu bermula daripada idea jurugambar di Barat.
“Konsep itu menjadi ikutan apabila ia dimulakan oleh jurugambar perkahwinan di Eropah sebagai konsep penggambaran praperkahwinan di kalangan masyarakat Barat. Lantas, idea itu diguna pakai jurugambar di negara ini untuk penggambaran pengantin masyarakat Cina di Malaysia sebelum tersebar luas di kalangan masyarakat Melayu.
“Walaupun konsep itu datang dari luar, sebenarnya idea terhadap lokasi dan penggambaran datang daripada jurugambar sendiri.Jurugambar yang kreatif semestinya mempunyai idea tersendiri dan cara masing-masing untuk mengendalikan sesi penggambaran setiap pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Beliau berkata, pengantin moden masa kini lebih gemar memilih kawasan seperti tepi pantai, sawah bendang, bangunan atau rumah usang, rumah tradisional dan lorong kecil di celah bangunan. Selain itu, ada juga yang ingin bergambar kenangan di stesen kereta api dan belukar.
“Sungguhpun begitu, kepercayaan yang diberikan kepada jurugambar mengatasi segala-galanya. Mereka sanggup bergambar asalkan gambar tampak berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri. Bagaimanapun, konsep ini tiada banyak beza dari segi teknik penggambaran, cuma yang memberi kelainan ialah pengarahan ketika bergambar. Jurugambar peka dan melihat dengan tepat lokasi serta cara pengarahan yang sesuai,” katanya.
Mohd Subhi tidak menafikan bidang fotografi turut mengundang pelbagai cabaran membabitkan kedua-dua pihak iaitu jurugambar dan pelanggan. Cabaran kepada jurugambar antaranya ialah bagaimana ingin mendapatkan gambar menarik dengan unsur yang ada pada lokasi penggambaran di dalam elemen gambar perkahwinan pengantin.
“Selain itu, pengantin turut terpaksa mengetepikan soal malu ketika melakukan penggambaran walaupun sarat dengan pakaian pengantin. Bersanggul tinggi, berselendang, pakaian yang berat dan sarat di kawasan yang dikatakan menarik, tidak menghalang mereka untuk terus mendapatkan gambar fotografi perkahwinan yang diidamkan,” katanya.
Beliau berkata, kebanyakan jurugambar menggalakkan pelanggan mereka melakukan penggambaran praperkahwinan sebagai koleksi tambahan dalam gambar perkahwinan mereka. Namun, proses itu memerlukan perbincangan dan suai kenal supaya keserasian itu ada bagi memudahkan sesi penggambaran.
Sejak menceburkan diri dalam bidang fotografi perkahwinan ini, Mohd Subhi berkata, beliau tidak nampak kenapa bakal pengantin perlu menolak pakej penggambaran luar kerana ia sangat menarik dan hasilnya boleh menjadi tatapan seumur hidup.
“Saya mencipta identiti sendiri dengan menggabungkan beberapa elemen menerusi jurugambar perkahwinan antarabangsa antaranya Joe Buissink iaitu jurugambar legenda daripada Masters of Wedding Photography dan Jessica Claire yang menghasilkan karya terang dan menyerlah. Selain itu, saya juga meminati seorang jurugambar dari Indonesia, Kenvin Pinardy kerana beliau mempunyai identiti seni halus dalam karya gambar perkahwinan,” katanya.
Walaupun ada yang berpendapat kos jurugambar perkahwinan sangat mahal, Subhi berkata, setiap jurugambar mempunyai pakej berbeza mengikut kemahiran, pengalaman, kualiti hasil kerja dan khidmat ditawarkan. Ada yang serendah RM800 dan ada juga yang menawarkan harga setinggi RM8,000 bergantung kepada hasil kerja dan kualitinya.
“Sebagai jurugambar perkahwinan saya menasihatkan kepada bakal pengantin, pilihlah jurugambar anda dan kualiti. Jangan hanya melihat kepada harga menarik, tetapi hasilnya pula menghampakan,” katanya.
Perkahwinan hanya sekali dalam seumur hidup. Walaupun ditakdirkan perkahwinan berlangsung lebih daripada sekali, majlis pertama kali itu adalah yang paling bermakna dalam hidup semua orang. Sematkan kenangan abadi majlis perkahwinan bersama insan tersayang bukan saja dalam acara majlis tetapi di luar lokasi persandingan.
Panduan memilih jurugambar untuk majlis perkahwinan:
a) Lakukan kaji selidik dan perbandingan mengenai jurugambar, perbezaan tawaran, kualiti, pakej yang ditawarkan serta harga.
b) Tempah jurugambar seawal enam bulan sebelum menjelang majlis.
c) Pilih jurugambar yang sesuai dan berkebolehan untuk merancang setiap penggambaran bermula daripada majlis pernikahan sehingga ke jenjang pelamin mengikut selera pasangan pengantin sendiri.
d) Berbincang dan lakukan suai kenal antara jurugambar dan pengantin supaya kedua-dua belah pihak serasi ketika melakukan penggambaran.
e) Buat senarai gambar harus ada diambil oleh jurugambar supaya tidak berlaku perselisihan faham dan tidak tertinggal gambar yang sangat penting dalam hidup.
f) Pembayaran bergantung kepada perbincangan.
Jangan bayar jumlah keseluruhan jika hasil belum diterima.
g) Lihat terlebih dulu gambar yang sudah dimuatkan dalam album sebelum proses percetakan dilakukan. Ini supaya jika ada perubahan, boleh diperbetulkan.


P|S Okey la aieBlog stop dekat sini dulu.Bye.Semoga apa yang dikongsi dapat memberi manfaat.Daun selasih daun keladi terima kasih jumpa lagi.

15 April 2012


Apakah cinta sekadar suka,minat sayang?
Kita tak pernah terlepas dari perasaan untuk menyayangi dan disayangi sesama sendiri. Kita sebagai manusia memang dilahirkan dengan fitrah untuk berkasih sayang. Skop kasih sayang amatlah meluas. Bukan hanya kasih sayang bersama pasangan kekasih. Kasih sayang pada keluarga, kawan-kawan malahan kepada haiwan. Kali ini aieblog tertarik untuk bincangkan isu antara cinta, sayang, suka dan minat. Adakah ia berbeza atau sama? Sudah tentulah berbeza kan. So, apakah beza antara cinta, sayang, suka dan minat ni?
CINTA ialah merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Ianya perasaan cinta kita pada seseorang di mana kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, sebolehnya kita nak si dia tahu dan kita sedaya upaya tak nak melukai hati si dia yang tersayang walaupun kadang-kadang tanpa kita sedari kita dah melukai hati dan perasaannya. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Perasaan cinta yang tulus tidak akan mengharapkan apa-apa balasan.
Hatiku buatmu
SUKA ialah perasaan sukakan seseorang. Apabila kita bersama dengan dia kita rasa hidup ceria je dengan gelak ketawa. Kita suka sebab sifat atau perangai si dia yang ceria dan happy-go-lucky. Tapi kalau kita tak berjumpa dengan dia dalam satu tempoh yang lama. Kita still rasa cool tanpa perasaan rindu atau gelisah hati.
Bezanya antara suka dan cinta. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
SAYANG ialah perasaan sayang di mana kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Kebiasaannya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi pendengar setia kepada masalah kita. Yang sentiasa berada disisi kita seperti seorang kawan baik.
MINAT ialah sesuatu  yang ada pada seseorang seperti sifat, peribadi, aura atau lain-lain yang membuatkan kita minat pada dia dan untuk mendekatinya. Contoh macam kita minat artis lelaki seperti Anuar Zain. Maybe kita minat pada rupa paras yang kacak atau suara yang merdu yang menyebabkan kita tertarik untuk mendekatinya. Tapi kita hanya sekadar minat pada rupa dia bukannya jatuh cinta, sayang atau suka.
Tanpa adanya perasaaan minat, suka dan sayang.. Maka tidak akan lahirnya perasaan CINTA pada seseorang itu kerana semua perasaan minat, suka dan sayang itu pelengkap kepada perasaaan cinta. Tepuk dada tanya hati mana satu perasaan korang yang sebenarnya. Jangan terus keliru. Tapi walau sedalam mana pun sayang korang pada seseorang, sayangilah diri korang terlebih dahulu. Ingatlah segala batasan dalam percintaan. Bertindak la seiring dengan akal bukan dengan hati dan perasaan semata-mata (^^,)


P|S terima kasih daun keladi ada hari mai lagi.Terima kasih juga sudi membaca apa yang aieblog create tengah tengah emo ni.Hoho Ok assalamualaikum.

03 April 2012


Lai Lai tiduq lagu ni mcm aieblog.Actually this one aieblog taken was aieblog outing with my two bff
So ni lah some little bit benda yang boleh share share.Hehehe.


Nampak ? sebelah aieblog tu my bff.Tomey dak dia? hew hew.


Nampak rambut dia? hot dak? Hehehe 
P|S okey la aieblog stop dekat sini dulu.so terima kasih daun keladi ada hari jumpa lagi.Kbye.salam